Hari di mana superhero bersedih

Pagi hari ni bangun terbaca berita yang mengejutkan. The real superhero telah mati. Dia ialah Stan Lee. The father or Marvel. Pencipta karakter superhero seperti Spiderman, Hulk, Iron Man dan semua ahli Avengers dan lain-lain. Cuma aku lebih kenal Stan Lee melalui Spiderman sebab masa kecik selalu baca ruang komik Spiderman di akhbar The Star.

Siapa sangka lelaki tua ini telah banyak menghiburkan dunia dengan watak-watak ciptaan beliau. Kerana komik ciptaan dia la, dunia filem sekarang dipenuhi dengan filem superhero yang waktu dulu memang payah kita nak tengok. Imaginasi beliau telah mengubah landskap filem dunia dan juga teknologi perfileman.

Aku suka quote kata-kata Tom Holland (the new Spidey guy):

How many millions of us are indebted to this guy, none more so than me. The father of Marvel has made so many people so incredibly happy. What a life and what a thing to have achieved. Rest in peace Stan

Site Footer

>