Dari Forge ke Runcloud

Dah lama aku nak post benda ni tapi biasalah, blog ni pun blog personal, so takde urgency nak tulis. Sebagai seorang web developer, aku banyak bermain dengan server terutamanya web server. Sama ada untuk personal atau bisnes, selalunya aku memang akan guna VPS atau dedicated server.

Bukan apa, memang pelanggan suka kan solusi yang murah, tapi selalunya yang murah ni datang dengan masalah. Website selalu down la, tak cukup resources la. Jadi paling rendah aku akan rekomen mereka gunakan VPS, sebab resources tak share dengan orang lain. Kalau website lain ada malware, website customer aku takkan kena. Dan aku boleh scale up/down ikut keperluan.

Tapi uruskan web server ni kerja yang renyah. Sebab tu ada jawatan System Admin atau Dev Op kat luar. Sebelum ada management panel tool, memang aku banyak gunakan command line je. Takde choice, kau kena tahu command line Linux. Tapi guna command line ni ada syoknya juga.

Sebelum aku jumpa RunCloud, aku pengguna setia Forge. Memang masa tu aku rasa takkan ada la yang better dari Forge. Kerja aku memang banyak jimat masa dengan Forge. Tapi waktu tu nampak juga nama RunCloud ni lalu kat timeline Facebook aku, tapi aku buat tak tahu je masa tu.

Lama-lama aku rasa nak test RunCloud ni, sebabnya satu je. Sebab dia ciptaan anak tempatan. Aku masa tu nak tengok apa RunCloud ni ada. Kebetulan dia ada free trial.

Bila aku test je, tak lama, aku terus rasa “aku kena tukar ni pakai RunCloud”

Bila aku nak tukar je, Forge email aku, kalau aku stay, aku akan di “grand-fathered in” harga lama. Maknanya aku akan tetap dapat harga $10/month tu walaupun Forge dah naikkan harga $20/month tak lama lagi.

Tapi godaan tu tak jadi, sebab RunCloud punya $10/month tu offer lebih dari Forge. Specs RunCloud dengan harga yang sama tu lebih lagi dari Forge.

Sejak tu aku pun dah tukar ke RunCloud. Aku malas nak review details sebab website lain mesti akan buat. Ini hanyalah review peribadi aku untuk RunCloud.  Guna RunCloud ni yang aku suka:

  • UI simple, macam Forge juga tapi ada extra kat certain section tu
  • Boleh deploy kat kebanyakan cloud VPS. Kau pakai apa? DigitalOcean, Linode? Amazon EC2? Alibaba Cloud? Semua RunCloud boleh handle
  • Latest PHP
  • Analytics berguna macam server health, performance, etc
  • Paling best…support yang awesome dari Jebat. Senang nak dapat support, kau boleh chat cakap bahasa pasar je hahaha..

Kalau kau seorang freelancer/developer yang banyak uruskan server, aku rekomen sangat RunCloud ni, kalau tak tau, aku boleh tolong. Tapi kau kena sign up dulu la RunCloud.

Sign Up RunCloud

>