DZULHELMI.COM

Aplikasi Nota, Bukan Sekadar Notepad

Apa tu aplikasi Nota? Dalam english kita panggil note-taking application la lebih kurang. Tau apa itu Notepad? Mesti ramai tau Notepad, aplikasi paling ringan dalam Windows yang orang selalu gunakan untuk paste segala macam nota.

Tapi itu Notepad. Aplikasi nota ni lebih dari Notepad. Notepad hanya simpan teks tanpa format semata-mata. Tapi aplikasi nota ni lebih dari itu. Sejak lahirnya smartphone dan app store, aplikasi Nota pun dah berubah. Kebanyakan aplikasi Nota ni dah menjadi sangat penting sampaikan kita mesti gunakan dia hari-hari untuk simpan macam-macam data. Dari list to-do, list shopping dan macam-macam.

Kenapa aplikasi nota ni penting? Ia penting untuk sesetengah orang kerana aplikasi ini memberikan design yang simple, empty (luas dan kosong) dan juga tak komplikated. Jadi untuk orang yang suka menulis, design yang simple memberikan mood menulis yang best tanpa kehadiran toolbar dan button-button yang bersepah di atas seperti dalam Microsoft Word.

 

Kenapa aplikasi Nota sekarang bukan macam Notepad? Ini kerana aplikasi nota sekarang dah ada macam-macam ciri yang best seperti:

  • ada untuk komputer, tablet dan juga phone
  • auto sync. Apa yang kita tulis dalam phone boleh tengok dan edit juga dalam versi komputer dan tablet.
  • lebih sekadar teks. Boleh isi gambar, format teks, warna dan macam-macam
  • lebih sekadar nota. Ada aplikasi nota yang juga datang dengan ciri to-do list, diari, chapter dan lain-lain

Di sini aku list kan beberapa aplikasi nota yang aku pernah guna dan juga yang aku recommend. Sebenarnya terlalu banyak.  Tapi ni antaranya lah.

Evernote
Evernote sebenarnya sebuah aplikasi freemium. Bermakna boleh guna free dan jika anda perlukan lebih lagi ciri yang ditawarkan Evernote, boleh bayar untuk upgrade. Evernote ni lebih sekadar aplikasi nota. Ia tawarkan juga chat, reminder dan juga ciri notebooks (untuk yang suka tulis panjag-panjang, macam ada bab-bab dalam novel tu). Evernote terdapat untuk platform komputer, iOS dan Android dan juga tablet.

 

Google Keep
Google Keep ni ialah aplikasi nota percuma dari Google. Terdapat dalam format app iOS dan Android, dan juga untuk komputer. Google Keep punya interface mudah je. Simple. Ada format untuk buat list, boleh format teks. Cukup mudah. Auto sync untuk semua platform.

 

SimpleNote
Ini yang aku guna sekarang. Tak tau kenapa aku suka SimpleNote. Mungkin sebab SimpleNote dibuat oleh Automattic, iaitu company disebalik WordPress (support scene). SimpleNote ni pun mudah, interface simple dan juga auto sync untuk semua platform. SimpleNote ialah aplikasi percuma.

BearWriter
BearWriter ialah aplikasi nota yang nampak macam simple tapi powerful. Design dia nampak macam simple je, macam takde ape je. Tapi aplikasi ini bukan free, ia berbayar. Tapi jika anda betul betul seorang yang banyak menulis, harga bukanlah satu masalah. Bukan mahal sangat pun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Views: 21

Helmi
Hey there! I'm Helmi, a WordPress implementer from Malaysia. I'm super passionate about all things WordPress and cloud technology. I love exploring data analytics and playing around with different content management systems. More...
Let's connect:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2024 - Built with Breakdance and hosted on Hostinger

0 Shares
Share via
Copy link