Rasa nak mencarut je. Jangan ingat orang IT ni tak pernah buat silly mistake. Macamana kau tengok sekarang website aku ni ada 2-3 post je. Padahal aku dah buat a few post pasal eksperimen aku dalam affiliate marketing dan jugak dropship antarabangsa.

SEMUA HILANG!

Sebab apa? Sebab aku lupa backup!
Boleh? Website customer semua aku backup baik punya, siap daily automatic backup ke cloud storage lagi. Tapi website sendiri boleh tak buat apa. Adoi memang bongok.
Tapi bila fikir balik, dari kena kat website customer, baik la kena webiste sendiri. Lagipun website ni bukan website apa pun, website personal je.
Di zaman orang semua fanatik dengan Facebook, aku masih tetap support semangat blogging oleh semua blogger, biarpun aku bukan selalu tulis kat sini dan bukan tulis benda menarik pun.

Ok, dah set auto backup untuk website ni.

>