DZULHELMI.COM

RunCloud Power!

Beberapa bulan lepas aku ada tulis mengenai “hijrah” aku dari Forge ke RunCloud. Hari ni aku rasa tumpang bangga dengan produk tempatan ni, sebab mereka berada di TechCrunch!

Proud! Aku rasa sangat proud dengan budak ini Arif Tukiman dan syarikat dia RunCloud. Pertama dia ni junior sama sekolah dengan aku. English College JB. Kedua dia juga produk kelahiran UTM macam aku, tapi dia dan syarikat dia sangat power. Aku ni tak power je, level marhain.

Syarikat teknologi SaaS dia bermula secara underdog je. Masa tu ramai developer termasuk aku tak guna pun servis syarikat dia. Kebanyakan kami guna Forge, Serverpilot atau pure command line. Percaya atau tidak, seingat aku tak pernah nampak lagi produk dia ni guna iklan berbayar, fb ads ke, Google ke. Dia banyak guna free channel je.

Melalui free channel di media sosial, Arif sebagai CEO mula memperkenalkan RunCloud kepada golongan geek dan developers. Mereka mula memperkenalkan RunCloud di group IT yang besar di Malaysia seperti JomWeb dan lain-lain lagi. Hasil dari perkongsian ini lah buat aku pun menjadi pelanggan mereka.

Apakah TechCrunch ni? Big deal sangat ke?
TechCrunch ni ialah sebuah website yang di buat oleh Michael Arrington pada 2005, dah 12 tahun pun. Kira antara otai website IT dulu. 2005 aku rasa aku baru berjinak dengan WordPress, baru version 1.5 rasanya masa tu.

Kalau korang dalam line-line IT terutamanya web, TechCrunch ni mesti korang layan sebab website ni akan review dan tulis artikel mengenai perkembangan syarikat IT baru (startups) dan perkembangan mereka setiap masa. Contoh, kalau syarikat tu dapat fund sekian-sekian, CEO bertukar ke, semua TechCrunch ni akan tulis. Siap ada database khas, google CrunchBase.

Masa tu TechCrunch ni rujukan utama para usahawan teknologi, Mashable pun masa tu suam suam kuku je. Korang jangan ingat TechCrunch ni sekadar website. Pada tahun 2010, AOL membeli TechCrunch ni dari Michael Arrington dengan pembelian sebanyak USD40 juta.

Selain website, TechCrunch juga menganjurkan event teknologi yang bernama TechCrunch Disrupt. Di situ, seluruh syarikat teknologi dari seluruh dunia akan dijemput untuk menunjukkan dan bernetworking dengan syarikat lain tentang bisnes mereka. Sebab tu aku bangga RunCloud ni dapat ke TechCrunch! Sebab dulu kalau aku baca pasal event ni, aku terfikir, takde ke anak tempatan kita akan dijemput ke event ni? Sekarang dah ada!

Bersama orang-orang kuat RunCloud di JomLaunch 2017

RunCloud memang boleh jadi kebanggan Malaysia. Mereka boleh pergi jauh, sekarang pun pelanggan mereka dah banyak dari serata dunia, bukan Malaysia je. Kita harus bangga dengan anak muda seperti mereka. Aku harap satu hari nanti, nama RunCloud akan lebih sinonim di bibir scene teknologi dunia. Dunia PHP akan lebih sinonim dengan RunCloud hendaknya.

Sign Up RunCloud Kat Sini

Kepada Arif Tukiman & his team, well done! Kami tumpang bangga.

EC Must Lead!
Kerana Tuhan Untuk Manusia

Views: 0

Helmi
Hey there! I'm Helmi, a WordPress implementer from Malaysia. I'm super passionate about all things WordPress and cloud technology. I love exploring data analytics and playing around with different content management systems. More...
Let's connect:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2024 - Built with Breakdance and hosted on Hostinger

0 Shares
Share via
Copy link