DZULHELMI.COM

Nama syarikat

Korang perasan tak kat Malaysia ni ada kecenderungan yang nama sesuatu bisnes tu selalu akan di ikuti kalau dia dah berjaya atau dikenali?

Aku tak cakap tiru, sebab kalau tiru tu 100% sama. Ni dia ikut supaya bunyi dekat-dekat sama.

Contoh, pernah dengar Old Town kan? Tapi tahukah anda ada juga nama kedai Home Town, New Town dan apa-apa Town lagi…tapi semuanya kedai kopitiam. Warna tulisan logo pun dekat-dekat sama.

Adakah bisnes tempatan kita kurang kreativiti?

Itu bisnes kedai makan. Kalau bisnes IT, jarang juga aku jumpa kena tiru. Tapi pagi ni aku terjumpa iklan kat Facebook yang buat aku nak periksa, eh ni company mana satu ni?

Pernah dengan Exabytes tak? Ya, syarikat hosting Malaysia yang terkenal tu (terkenal tak semestinya terbaik). Aku banyak guna servis Exabytes waktu aku mula-mula terjun bidang web development dulu. Sebab dia murah dan senang nak beli. Tapi sejak aku dah kenal VPS macam Linode dan DigitalOcean, lagi pula ada management panel yang power macam RunCloud, aku dah tak pakai lagi Exabytes dan shared hosting.

Cuba tengok iklan ni:

 

Kalau korang perasan, dia takde “S” je kat nama Exabyte tu. Kalau orang yang baru kenal Exabytes mungkin tak dapat beza dan beli produk dengan syarikat dalam iklan ni.

Salah ke?
Ntah, aku tak pasti, tapi setahu aku waktu aku register nama syarikat kat SSM dulu, nama yang dekat-dekat sama dengan syarikat lain pun staff SSM tu dah bagitahu, suruh cari nama lain.

Dalam affiliate marketing, ada sebenarnya strategi guna nama yang dekat-dekat sama ni, dengan harapan bila orang salah taip, orang akan ke website dia dan lepas tu redirect ke website sebenar yang beserta affiliate link. Tapi dalam kes ni, orang akan ke website tu dan mungkin akan beli produk di website tu.

Masalah?
Mungkin ada. Mungkin ada customer yang nak beli produk Exabytes tapi baru sedar dia terbeli Exabyte. Buatnya takleh refund, dah masalah lain pulak.

Jadi kalau korang mencari Exabytes yang betul tu, klik banner bawah ni. Ini yang real.

Views: 0

Helmi
Hey there! I'm Helmi, a WordPress implementer from Malaysia. I'm super passionate about all things WordPress and cloud technology. I love exploring data analytics and playing around with different content management systems. More...
Let's connect:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2024 - Built with Breakdance and hosted on Hostinger

0 Shares
Share via
Copy link