Kat mana nak beli domain murah?

Apa itu domain?

Dalam dunia website, domain tu maknanya alamat website atau singkatan dia URL. Contoh domain website ni ialah dzulhelmi.com, kira nama atau alamat sesuatu website la.

 

Kat mana nak beli domain?

Kita beli domain di registrar. Registrar ni macam syarikat yang ada lesen untuk menjual domain la. Harga domain ni pulak bergantung, lain registrar lain harga.

Ada berapa jenis domain?

Ada 5, tapi aku share 2 jenis je la yang common. Yang pertama Top Level Domain atau TLD. Top level ni domain yang selalu kita dengar, macam .com, .net, .org, ,biz, .me dan lain-lain. Domain TLD ni boleh beli dengan  mana-mana registrar termasuk registrar luar Malaysia. Harga selalu boleh sampai $15 per domain.

Kedua, country code Top Level Domain ata ccTLD. ccTLD ni ialah domain yang ada kod negara dalam domain tu. Contoh untuk Malaysia kod negara ialah .MY, jadi semua domain yang ada .my atau .com.my dalam domain tu kira ccTLD lah. Untuk Malaysia, domain ccTLD dikawal selia oleh agensi MYNIC, hanya untuk warganegara dan syarikat berdaftar di Malaysia sahaja. Tak seperti domain TLD sesiapa je boleh beli. Ini bagus jugak sebab ccTLD ni mewakili negara tertentu, kalau tak di kawal, sesiapa je boleh beli dan gunakan domain tu untuk tujuan tak elok. Harga ccTLD di pasaran dijual sehingga RM

Kat mana nak beli domain murah?

Untuk domain TLD, harga pasaran selalunya dalam anggaran $9.95 ke $15. Saya selalu beli domain TLD di Namesilo. Harga domain TLD seperti .com di Namesilo hanya $8.99 sahaja dan jika anda follow Facebook mereka, sewaktu diskaun anda boleh dapat serendah $6.99. Klik sini untuk ke NameSilo.

Untuk domain ccTLD seperti .my atau .com.my, saya selalu beli di BigDomain. Harga pasaran domain ccTLD boleh sampai RM129, tapi di BigDomain harga hanya RM79.90 sahaja. Klik sini untuk ke BigDomain. 

>