Website Berguna: Convert PDF, Convert Video dan macam-macam lagi!

Dalam post website berguna kali ini, aku nak share satu website ni yang penuh dengan tool yang sangat berguna kepada kita. Pernah tak korang tercari-cari software atau tool untuk membuat kerja-kerja seperti di bawah:

  1. Tukar PDF ke JPG
  2. Merge PDF
  3. Unlock PDF yang ada password
  4. Compress PDF (jadikan size PDF lebih kecil)
  5. Split PDF
  6. Tukar PDF ke Word
  7. Tukar Word ke PDF
  8. Tukar PDF ke Powerpoint
  9. Download video dari Facebook
  10. Download images dari PDF
  11. Generate sample teks untuk content website (lorem ipsum generator)
  12. Track URL
  13. URL ke PDF (tukar webpage ke PDF, masukkan URL je)
  14. Tukar Powerpoint ke PDF
  15. Rotate PDF
  16. Protect PDF (letak password untuk buka PDF)
  17. Compress video
  18. Remove background gambar
  19. Mute kan video (upload video dan download kembali video tanpa suara)
  20. Split Excel (split file excel ke beberapa PDF)
    dan banyak lagi!

Mesti pernah kan? Selalunya untuk buat semua kerja ni, kita kena gunakan banyak software atau tool kan? Ada yang kena beli, ada yang kena install.

Tapi tahu tak, korang boleh buat SEMUA ni secara online je di satu website dan secara PERCUMA!

Ya, PERCUMA!

Susah ke nak guna? Tak susah pun, hanya upload file yang korang nak nak guna tu, tunggu kejap, lepas tu…..SIAP!

tinywow

Apa website tu?

Nama website ialah Tinywow. Klik sini untuk ke Tinywow.

Website ni korang wajib kena bookmark, sebab tool yang ada dalam website ni semuanya berguna dan boleh diakses dari mana-mana je, asalkan ada line internet. Tak perlu install, tak perlu bayar.

>