Versi pendek
Website ni papar iklan Google AdSense dan ada pautan affiliate, jadi ada cookie yang bukan datang dari aku. Kalau kau subscribe atau hantar mesej, aku simpan nama dan email kau — untuk balas atau hantar nota, bukan untuk apa-apa lagi.
Aku tak jual data kau kepada sesiapa. Kau boleh minta aku buang semua data kau bila-bila masa.
Website ni dikendalikan oleh Helmi (dzulhelmi.com), berpangkalan di Malaysia. Untuk apa-apa soalan pasal data kau, guna borang hubungi.
Website ni kumpul maklumat dalam keadaan berikut sahaja:
Aku tak minta nombor telefon, alamat rumah, atau maklumat pembayaran. Website ni tak jual apa-apa secara langsung.
Website ni papar iklan melalui Google AdSense. Google dan rakan kongsinya guna cookie untuk papar iklan berdasarkan lawatan kau ke website ni dan website lain. Kau boleh matikan pengiklanan diperibadikan melalui Google Ads Settings, atau baca cara Google guna data di policies.google.com.
Kalau kau nak matikan cookie sepenuhnya, kau boleh buat dalam setting browser kau — tapi sebahagian website mungkin tak berfungsi seperti biasa selepas tu.
| Jenis | Dari mana | Tujuan |
|---|---|---|
| Iklan | Google AdSense | Papar iklan yang lebih berkaitan |
| Keselamatan | Cloudflare | Lindungi website dan borang daripada bot |
| Fungsi | Website ni | Ingat pilihan mod cerah/gelap kau, dan maklumat komen kalau kau tanda kotak ‘simpan’ |
Sebahagian pautan dalam nota aku ialah pautan affiliate. Kalau kau beli melalui pautan tu, aku dapat komisen — tanpa kos tambahan pada kau. Butiran penuh ada di page Disclosure.
Bila kau tinggalkan komen, nama dan komen kau dipaparkan secara terbuka. Email kau tidak dipaparkan. Jangan tulis maklumat peribadi dalam komen — ia boleh dibaca sesiapa dan diindeks oleh enjin carian.
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), kau boleh minta aku:
Hantar permintaan melalui borang hubungi. Aku uruskan dalam masa tujuh hari bekerja.
Kalau aku tukar apa-apa yang penting, aku kemas kini tarikh di atas page ni. Aku takkan tukar polisi ni secara senyap.